Assalamualaikum
Sebenarnyakan, banyak sangat yang aku nak luahkan sekarang ni. Tapi aku tak tahu apa yang aku nak luahkan. Aku rasa macam ada benda dalam fikiran aku, dalam hati aku. Benda tu duduk statik tanpa terasa nak berganjak.
Fiil manusia zaman sekarang ni susah nak ramalkan. Hari ni kau nampak dia baik depan kau, tapi tengok-tengok esok dia dah jadi 'hantu'. Penat sebenarnya nak puaskan hati semua orang. Mungkin aku patut belajar untuk cuba pentingkan diri sendiri.
Jangan suka mengata orang. Sebelum bercakap, sila duduk depan cermin. Cakap dekat diri sendiri, baru kau boleh cakap dekat orang lain lepas kau dah tahu apa rasanya bila orang cakap benda tu dekat kau. Tolong jangan fikir diri kau tu sempurna. Jadi manusia yang bersifat rendah diri. Tak luak pun semuanya yang ada dekat kau.
Aku tak pandai nak marah. Aku suka simpan. Tapi beragaklah jugakkan. Mungkin aku gelak-gelak je. Tapi tahu apa yang sebenarnya aku rasa? Fikirkan semua tu. Awak tu manusia jugak, sama macam aku. Kalau orang mengata kau mesti sakit jugakkan?
No comments:
Post a Comment