Sunday, 4 August 2013

                                                                                           Assalamualaikum

  Kononnya aku bersuara, berkata bahawa aku kuat. Kuat hadapi semua dugaan ni. Tapi malangnya, hati yang gah dikatakan kuat seperti batu ini, senang sangat hantar isyarat pada mata untuk mengeluarkan air dari jiwa.

 Makin lama makin goyah. Makin lama makin teruk. Sampai bila nak jadi macam ni? Kau tak kuat, aku lagilah tak kuat. Apa yang berlaku sampai semuanya hancur dalam sekelip mata? Ya, aku tahu. Salah aku. Terlalu ikut kata hati. Dan aku rasa, aku boleh pergi mati. Cukup banyak hati yang dah aku kecewa kan.
                                                                                          Assalamualaikum

 Sebenarnyakan, banyak sangat yang aku nak luahkan sekarang ni. Tapi aku tak tahu apa yang aku nak luahkan. Aku rasa macam ada benda dalam fikiran aku, dalam hati aku. Benda tu duduk statik tanpa terasa nak berganjak.

 Fiil manusia zaman sekarang ni susah nak ramalkan. Hari ni kau nampak dia baik depan kau, tapi tengok-tengok esok dia dah jadi 'hantu'. Penat sebenarnya nak puaskan hati semua orang. Mungkin aku patut belajar untuk cuba pentingkan diri sendiri.

 Jangan suka mengata orang. Sebelum bercakap, sila duduk depan cermin. Cakap dekat diri sendiri, baru kau boleh cakap dekat orang lain lepas kau dah tahu apa rasanya bila orang cakap benda tu dekat kau. Tolong jangan fikir diri kau tu sempurna. Jadi manusia yang bersifat rendah diri. Tak luak pun semuanya yang ada dekat kau.

 Aku tak pandai nak marah. Aku suka simpan. Tapi beragaklah jugakkan. Mungkin aku gelak-gelak je. Tapi tahu apa yang sebenarnya aku rasa? Fikirkan semua tu. Awak tu manusia jugak, sama macam aku. Kalau orang mengata kau mesti sakit jugakkan?
                                                     Assalamualaikum
 Rindunya nak menaip, nak luahkan semua dalam blog ni. Hm. Sekarang ni cuti 2 minggu. Baru minggu pertama. Lambatnya masa berlalu. So, aku nak cuba ubah sikit-sikit diri aku sekarang ni. Dulu beria nak berubah. Tapi makin lama makin jauh menyimpang niat tu.

 Iman aku memang turun naik. So, sekarang berusaha untuk meningkatkan segala amalan. Cukuplah selama ni aku main-main. Banyak sangat `main-main’ dalam diri ni. Allahu. Penyakit `M’ tu memang sentiasa ada. Tapi aku cuba kurangkan.